Scary Stories



Kain Putih

Cerita ini berlaku kalau tak silap aku pada tahun 1985.


Ketika itu aku masih menuntut disalah sebuah institusi pengajian tinggi.


Aku tinggal diasrama tingkat 4.


Waktu itu kebanyakan pelajar balik kampung sebab hujung minggu.


Maka tinggallah aku bersama rakan sebilikku.


Kami tidak balik sebab sibuk menyiapkan term paper.

Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi. Aming rakan sebilikku dah lama dibuai mimpi.


Dia memang kurang sihat sejak dari petang tadi. 


cuaca diluar agak suram dengan pancaran kilat sekali sekala menanda


hujan akan turun tidak lama lagi. Meja studyku menghadap ketingkap.


Suasana diluar memang gelap. Sesekali ketika kilat memancar,

nampak dedahan kering diluar


. Angin bertiup semakin kencang.


Aku memperlahankan radio untuk tidak menganggu Aming.


Siarannya pun sering terganggu apabila kilat memancar.

Tiba-tiba aku tersintak apabila mendengar Aming mengerang.


Dia meracau-racau. Aku tidak berapa dengar apa yang dia sebutkan.


 Dia nampak gelisah. Matanya tertutup rapat.


Cuma badannya mengeliat-ngeliat seperti orang diikat badannya.


Kakinya kejang dan tangannya mengengam penumbuk.


 Sekali lagi aku tersintak apabila terdengar lolongan diluar.


Bulu romaku mula berdiri. Ini tak boleh jadi ni, fikir hatiku.


Aku cuba mengejut Aming. Dia masih meracau.


Badannya yang panas terasa keras seolah-olah dia menahan nafasnya.

Dentuman guruh diluar betul-betul membuat aku hilang semangat.


Badanku terasa seram sejuk. Lolongan diluar bertambah rancak.


Hujan mula turun dengan lebatnya dengan pancaran kilat

dan dentuman guruh yang menggila.


Aku bingkas bangun untuk menutup tingkap.


Ketika itu aku ternampak sesuatu berwarna putih terawang-awang


disebelah pokok besar betul-betul dihadapan tingkap.


Aku tersintak dan mengucap beberapa kali.


Disaat itu aku terdengar suara mengilai yang nyaring dan benda putih


yang seperti kain tadi semakin menghampiri tingkap.


Aku kaku dan terduduk disebelah katil Aming.


Aku cuba mengejut Aming yang masih meracau-racau

dalam bahasa yang aku tidak tahu.


Badannya masih keras. Aku memanggil namanya beberapa kali.


Tiba-tiba matanya terbeliak melihat syiling.


Matanya merah. Dia tidak meracau tetapi mengerang-ngerang.


Disaat yang sama aku terasa deruan angin dimukaku.


Bunyi hilaian tadi memenuhi ruang bilik kami. Aku mendongak kesyiling.
Dimasa itu aku terasa sangat lemah dan tidak dapat berbuat apa-apa.


Apa yang aku lihat sangat mengerikan.




Kain putih tadi telah berada didalam bilik kami.


Ianya seolah-olah tersangkut pada kipas syiling.

Berpusing-pusing sambil mengilai.

Suaraku tersekat. Aku cuma mampu melihat.


Tiba-tiba bahuku digengam Aming dengan kuatnya.

Matanya yang merah masih terbeliak.


Mulutnya berbuih. Aku cuba menjerit,


tetapi suaraku tidak keluar. Aku mengucap didalam hati beberapa kali.


Hilaian dari kain putih tadi memekak telingaku.


Akhirnya aku berjaya melaungkan azan.


Sungguhpun perlahan, tetapi berjaya menenangkan keadaan.


Suara hilaian tadi menjadi sayup-sayup dan akhirnya


hilang ditelan bunyi hujan lebat diluar.

Kain putih yang berlegar disyiling pun ghaib entah kemana.


Gengaman Aming semakin lemah dan akhirnya


tangannya terkulai. Nafas kami sesak seperti baru lepas berlari jauh.


Peluh membasahi muka kami. Aming telah mula sedar.

Dia memberitahu aku yang dia telah dihimpap sesuatu

yang berat sehingga sukar untuk bernafas.


Katanya lagi dia beberapa kali meminta tolong dariku

tetapi aku seolah-olah tidak menghiraukannya.


Aku tanya adakah dia melihat apa yang berlaku sebentar tadi.


Dia kebingungan. Katanya dia cuma melihat aku dimeja studyku.


Aku sendiri kebingungan. Dia seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku.

Jam menunjukkan hampir pukul 6:00 pagi.


Sayup-sayup terdengar bacaan ayat-ayat suci dari masjid yang berdekatan.


Aku bersyukur kami berdua selamat meskipun


masing-masing mengalami dua kejadian yang berlainan dalam waktu yang sama.




KISAH BENAR DARIPADA SEORANG PEROGOL

 Bismillahir Rahmanir Rahim
Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US. 
Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya juga sempurna. 
Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, 
berpakaian sopan, menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik.

Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah 
dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui
 jalan yang singkat untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu.
 Laluan yang pilih itu pula agak tersorok dan kebetulan, tidak 
ramai orang yang lalu lalang pada masa itu.

Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu 
agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan 
gadis itu agak gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.

Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih 
berbangsa Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu.
 Gadis itu menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. 
Tetapi, apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah,
 memohon keselamatan atas dirinya. Gadis itu pun berdoa dan 
membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah swt
 membantunya di saat itu.

Semasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh 
dan sempat mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat 
tidak endah dan gadis itu selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam akhbar tempatan 
Amerika berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang 
lelaki yang tidak dikenali di kawasan yang dilaluinya semalam. 
Masa kejadian pula hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. 
Seteleh menatap wajah perogol yang dipaparkan, 
gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki
 kulit putih yang dijumpainya semalam.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. 
Gadis itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan 
selepas siasatan dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki.

Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak 
menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa i
tu dan sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu 
selepas dia. Gadis itu ingin sangat mengetahui akan sebabnya. 
Oleh itu, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan 
perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain.

Dia pun bertanya kepada perogol itu :
Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone ?
Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya 
pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ? 

Perogol tu menjawab :
No, you are not alone ! That night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side.
If you were alone of course you will be my victim

Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak 
dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di
 sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. 
Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi 
mangsa saya kerana kamu yang saya jumpai lebih dahulu


Wanita itu berasa amat terkejut bila dengar penjelasan 
perogol tu. Setelah berfikir sejenak, dia pun faham akan apa yang telah terjadi. 
Dia pun bersyukur ke hadrat Allah, mungkin Allah memeliharanya pada malam 
itu kerana dia telah berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt dan juga 
kerana berkat bacaan ayat Kursi.




Allah swt itu Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu
Dia juga boleh memerintahkan malaikat menjaga manusia dalam apa jua cara 



Kesimpulannya 
Jika kita sebagai hamba, menurut segala perintah dan
 meninggalkan segala larangan Allah swt, Dia pastinya 
akan sentiasa 'dekat dengan kita' dan memelihara kita. 
Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dengan 
sempurna, menjauhi maksiat dan menjaga batas-batas
 pergaulan yang ditetapkan oleh Allah.

Wanita itu juga telah memohon perlindungan daripada Allah Y
ang Maha Berkuasa daripada segala sesuatu. Oleh itu, jika Allah swt ingin melindunginya, tiada sesiapa yang akan dapat melakukan sesuatu ke atasnya.

Di samping itu, apabila kita membaca Ayat Qursi, Allah 
akan utuskan dua malaikat untuk menjaga kita. Dua lelaki
 yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan
 Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan
 diriNya dan memohon perlindunganNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang 
mustajab dengan izin Allah. Tetapi jika kita tergolong dalam
 golongan manusia yang tidak diterima doanya, maka 
sebanyak mana dibaca pun tidak akan diperkenankan oleh Allah. 
Jika kita selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, 
menunaikan ibadat secara sambil lewa dll. Dapatkah kita mendapat 
pertolongan sebegini dari Allah ?

Malah kita mungkin akan dikenakan bala di atas perbuatan 
mungkar kita kepada Allah swt. Balasan Allah tu boleh datang 
semasa di dunia lagi. Di dalam kubur dan di akhirat kelak kita juga 
pasti akan disiksa di atas dosa-dosa kita, kerana itu adalah janji 
Allah swt dan Allah itu Maha Menepati Janji.


Saya suka mengingati satu hadis yang bermaksud :

Jika kamu mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan makhluk,
Maka Allah swt akan memelihara kamu daripada segalanya

Sebaliknya, jika kamu mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah,
Nescaya Allah swt akan menyerahkan nasibmu kepada makhluk 




Di antara kelebihan amalan membaca Ayat Qursi : 

Sesiapa membaca Ayat Qursi dan memohon perlindungan kepada Allah swt,
Allah akan menghantar dua malaikat untuk menjaganya

Sesiapa membaca Ayat Qursi semasa meninggalkan rumah, keluarga dan hartanya,
Allah akan menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumahnya,keluarganya dan hartanya

Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh

Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
Nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya